← Financial Faiz25 aug · 1 u 00 min
[S03:E73] Ambil tahu HAK pelanggan & tanggungjawab BANK pada pengguna - Laitul Akma & Adlis Khairil

Pernah rasa bank kenakan caj yang korang tak faham, jual produk yang tak sesuai atau aduan korang langsung tak selesai? Jangan anggap pengguna memang kena terima sahaja apa keputusan institusi kewangan.
Institusi kewangan mempunyai tanggungjawab untuk menerangkan risiko, kos dan syarat produk dengan jelas, menjaga kerahsiaan pelanggan serta mengendalikan aduan dengan adil. Jika masalah tidak dapat diselesaikan dengan institusi tersebut, pengguna juga mempunyai saluran lain untuk mendapatkan bantuan dan penyelesaian.
Financial Faiz kali ini bersama Lailatul Akma, Timbalan Pengarah, Jabatan Konsumer dan Amalan Pasaran dan Adlis Khairil, Timbalan Pengarah, Jabatan LINK dan Pejabat Wilayah BNM untuk membincangkan apa sebenarnya maksud “fair treatment” dalam dunia kewangan dan bagaimana pengguna boleh mempertahankan hak mereka. Bila rasa dilayan tak adil, korang akan bersuara atau biarkan sahaja?
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.bnm.gov.my/contact-us/lodge-complaint

Timestamp:

(00:00) Intro
(01:12) Peranan BNM LINK & CMC
(10:34) Cara buat aduan terhadap bank
(18:22) Hak pengguna kewangan
(26:32) Kenapa PDS penting?
(36:14) Apa perlu semak sebelum sign?
(41:35) Cara pilih loan yang sesuai
(50:00) Loan reject, boleh mengadu ke BNM?
(52:24) Proses aduan kepada institusi kewangan
(55:05) Apa maksud layanan adil?