Financial Faiz

← Financial Faiz2 sep · 1 u 07 min

[S03:E74] Ramai tahu TAKAFUL penting, tapi kenapa masih TANGGUH? - Azam Yusof & Mohamad Saifudin

[S03:E74] Ramai tahu TAKAFUL penting, tapi kenapa masih TANGGUH? - Azam Yusof & Mohamad Saifudin2 sep1 u 07 min

Bila kita meninggal dunia, keluarga bukan sahaja berdepan kehilangan. Mereka mungkin perlu fikir tentang kewangan, tuntutan, dokumen dan macam-macam urusan ketika masih dalam keadaan bersedih.

Sebab itu perancangan perlindungan bukan sekadar tentang pampasan. Hibah takaful boleh membantu keluarga, manakala wakaf pula membuka ruang untuk meninggalkan manfaat yang berterusan walaupun selepas kita tiada.

Financial Faiz kali ini bersama Encik Azam Yusof, CEO Sun Life Malaysia Takaful dan Encik Mohamad Saifudin, Head of Shariah Governance Sun Life Malaysia Takaful, membincangkan bagaimana takaful boleh menjadi sebahagian daripada perlindungan keluarga, wakaf dan legasi. Kalau kita tiada esok, apa yang sudah kita sediakan hari ini?

Timestamp:

(00:00) Intro
(03:37) Peranan Head of Shariah dalam Takaful
(04:16) Salah faham tentang fungsi Takaful
(10:03) Kenapa ramai tahu Takaful penting tapi masih tangguh?
(13:00) Kisah suami meninggal dunia pada usia 41 tahun
(17:02) Apa sebenarnya “Takaful Hibah”?
(20:01) Tak mampu ambil Takaful, isu duit atau prioriti?
(23:15) Bagaimana wakaf dalam Takaful berfungsi?
(26:45) Apa beza wakaf dengan sedekah?
(32:03) My Sinar Kasih, wakaf & badal haji
(36:51) Kenapa Takaful perlu jadi keutamaan keluarga?
(41:31) Apa jadi bila waris tak tahu si mati ada Takaful?
(48:45) Cara urus manfaat Takaful RM500,000
(56:20) Apa perlu buat kalau belum ada Takaful?
(57:57) Kenapa jangan utamakan medical card dulu?
(01:01:12) Kematian sedih, tapi lagi susah kalau tiada duit
(01:03:12) Isteri perlu pastikan suami ada perlindungan