
← Keluar Sekejap3 dagen geleden · 1 u 19 min
EP211 | Kenapa OKM Keluar DAP?, DAP Hilang Arah?, Ketegangan KKDW-MOF, Muktamar PAS 2026
<p>Episod 211 Keluar Sekejap menampilkan sahabat kita, Ong Kian Ming, untuk membincangkan keputusan beliau meninggalkan DAP pada 31 Ogos 2026 selepas 14 tahun bersama parti.Apa yang mendorong keputusan tersebut? Adakah DAP sudah berubah? Dan mengapa OKM membuat keputusan untuk membantu Khairy Jamaluddin sekiranya beliau bertanding dalam PRU16?Episod ini turut membincangkan Muktamar PAS ke-72 yang mencipta perhatian apabila rombongan UMNO yang diketuai Setiausaha Agung UMNO, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki, hadir ke Muktamar PAS. Adakah ini sekadar simbol hubungan yang semakin baik, atau signal awal kepada kerjasama politik PAS-UMNO menuju PRU16?Selain itu, kita turut mengupas ketegangan antara KKDW dan Kementerian Kewangan (MOF) berhubung isu peruntukan dan kelewatan bayaran kepada kontraktor projek jalan luar bandar. Jika peruntukan sudah disalurkan, mengapa masih berlaku tunggakan? Dan sebenarnya, di mana masalahnya?</p>