Keluar Sekejap

← Keluar Sekejap8. Okt. · 47 Min.

EP26 #SembangKS | Cukai Bujang Lapok dan Bah di BahRain

EP26 #SembangKS | Cukai Bujang Lapok dan Bah di BahRain8. Okt.47 Min.

<p>Dalam Episod 26 Sembang KS, kami kembali dengan pelbagai cerita yang mencuit hati, isu semasa yang serius dan sudah tentu… sedikit bahan-membahan. Kali ini, kami bersiaran dari Litar Sepang selepas perlumbaan tamat — sambil menunggu trafik reda dan cuba menerima hakikat bahawa balik dari litar mungkin lebih mencabar daripada perlumbaan itu sendiri. 😅🏎️📌 Antara topik yang dibincangkan:🏁 **F1 Kembali ke Sepang — Patutkah Malaysia Bawa Balik F1?**Selepas sembilan tahun, suasana F1 kembali menggegarkan Sepang. Tapi adakah hype ini cukup untuk Malaysia membelanjakan ratusan juta ringgit bagi membawa kembali Formula 1 secara kekal? Kami kupas sejarah F1 di Malaysia, kenapa kita berhenti pada 2017, perubahan besar dalam populariti F1 selepas *Drive to Survive* dan F1: The Movie, serta berapa sebenarnya kos yang perlu ditanggung.💰 **RM300 Juta Untuk F1, Boleh Dapat RM1 Bilion?**Betulkah pelaburan F1 boleh memberikan pulangan sehingga RM1 bilion? Atau angka economic impact yang sering disebut sebenarnya perlu dilihat dengan lebih berhati-hati? Kita bincangkan model perniagaan F1, yuran kepada Liberty Media, hasil tiket, pelancongan dan persoalan paling penting — berapa banyak wang yang benar-benar kekal dalam ekonomi Malaysia?👷 **Gaji Minimum &amp; 1.3 Juta SME**Kerajaan mengecualikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana daripada kenaikan gaji minimum yang baharu. Tetapi ada satu perkara menarik — angka gaji minimum baharu itu sendiri masih belum diumumkan. Jadi, apakah sebenarnya yang sedang berlaku dan apa yang pekerja serta majikan perlu tunggu dalam Belanjawan 2027?🏙️ **DBKL &amp; Pengumuman Yang Betul-Betul Memberi Kesan**Daripada pembaharuan lesen perniagaan sehingga tiga tahun, diskaun pembaharuan lesen hinggalah pengurangan deposit untuk aktiviti kebudayaan dan konsert — adakah langkah-langkah kecil seperti ini sebenarnya lebih memberi kesan kepada peniaga dan industri kreatif?💍 **Cukai Bujang — Perlu Ke?**Cadangan cukai bujang kembali mencetuskan perdebatan. Tetapi bukankah orang bujang memang sudah membayar cukai pendapatan? Kami kupas logik di sebalik cadangan ini… sebelum sampai kepada persoalan, kalau cukai bujang ada, nak tunggu cukai apa pula selepas ini? 😂🌧️ **Longkang, Banjir &amp; Kesedaran Sivik**Kisah seorang pemuda berusia 21 tahun yang turun ke longkang ketika banjir untuk membantu melancarkan saliran menjadi perhatian ramai. Dalam masa yang sama, keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan banjir Taman Sri Muda menimbulkan persoalan leb